ANTARA GRO warga asing yang dicekup polis. FOTO ihsan PDRM
ANTARA GRO warga asing yang dicekup polis. FOTO ihsan PDRM
Mohd Fadly Samsudin


Kuala Lumpur: Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG) menahan 39 pelayan pelanggan (GRO) warga asing dalam beberapa serbuan di Kajang, Puchong, Rawang dan Klang, malam semalam.

Serbuan bermula jam 9 malam itu merampas 130 komputer perjudian selain 16 individu yang terbabit dalam aktiviti itu ditahan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya mengucapkan tahniah atas kejayaan itu.

"Syabas STAGG @PDRMsia gempur judi dan maksiat di Kajang,Puchong, Rawang dan Klang.

"Rampas 130 komputer dan tangkap 16 orang dan juga tangkap 39 GRO warga asing #GoPDRMGo," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Disember 2016 @ 9:19 AM