Melaka: Taktik pekerja sebuah premis hiburan di Taman Melaka Raya di sini, mematikan lif sejurus menyedari kehadiran anggota Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman yang melakukan serbuan dalam Ops Noda Ahad lalu mengundang padah apabila mereka turut disiasat atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam.

Tindakan itu diambil pekerja terbabit bertujuan memberi mereka lebih masa bagi menyembunyikan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing.

Bagaimanapun, usaha itu gagal apabila STAGG menemui 21 GRO bersembunyi di ruang rahsia di belakang dua bilik di premis terbabit selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di situ.

Serbuan jam 12.10 tengah malam itu dilakukan sepasukan 40 anggota dan pegawai STAGG diketuai Deputi Superintendan Zulkifli Suhaili.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2015 @ 7:23 AM