MOHD Rosdi melayan pelanggannya, Zainun Yahya Sabri, 50, yang ingin membayar bil elektrik di Kampung Palekbang, Tumpat.
MOHD Rosdi melayan pelanggannya, Zainun Yahya Sabri, 50, yang ingin membayar bil elektrik di Kampung Palekbang, Tumpat.
Oleh Mohamad Zulhairie Manzaidi

Tumpat: Palekbang adalah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah ini dan masih mengekalkan keunikan serta tarikannya yang tersendiri.

Salah satu keunikan yang masih ada di situ adalah pejabat Pos Malaysia mini yang reka bentuk asalnya masih lagi menggunakan kayu dan hanya dibuat beberapa pengubahsuaian minimum saja.

Pengendali pejabat pos itu, Mohd Rosdi Che Zakaria, 49, berkata, pengekalan reka bentuk itu sejak 30 tahun lalu dan dia senang menguruskan pejabat pos berkenaan kerana ia begitu klasik.

Malah katanya, kaunter, kerusi dan beberapa peralatan yang berada dalam pejabat pos itu sudah pun berusia lebih 50 tahun.

Sebelum banjir melanda Kelantan Disember lalu, dia masih menggunakan mesin pencetak lama kerana kualiti cetakannya yang lebih berkualiti tinggi.

“Selepas banjir, saya dapati mesin itu sudah rosak dan tidak dapat dibaiki lagi kerana ditenggelami air.

“Saya cuba cari mesin pencetak dengan model sama, namun sudah tiada dalam pasaran di Malaysia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Februari 2015 @ 5:28 AM