TIMBALAN Presiden Jualan Rado Watch, Switzerland Carlos Cardenas (tengah) bersama (dari kiri) pelakon Fikry Ibrahim Anzalna Nasir, Adeline Tsen dan Wak Doyok pada acara perasmian butik Rado di KLCC baru-baru ini.
TIMBALAN Presiden Jualan Rado Watch, Switzerland Carlos Cardenas (tengah) bersama (dari kiri) pelakon Fikry Ibrahim Anzalna Nasir, Adeline Tsen dan Wak Doyok pada acara perasmian butik Rado di KLCC baru-baru ini.
Siti Zarinah Sahib

Jam tangan terkemuka Swiss, Rado meraikan pembukaan butik terbaru di Malaysia yang dibuka secara eksklusif di Suria KLCC.

Pada acara yang sama Rado memperkenalkan koleksi jam tangan bertemakan Elemen Masa 2018 dengan pengenalan beberapa rekaan terkini daripada koleksi HyperChrome, DiaMaster dan True, selain pelancaran koleksi eksklusif Rado di Malaysia iaitu True Thinline Nature.

Mengambil inspirasi alam semula jadi, rekaan kali ini Rado bekerjasama dengan Grandi Giardini Italiani iaitu sebuah organisasi mewakili taman bersejarah yang mempesonakan di Itali.

Koleksi True Thinline Nature pula menghimpunkan jam tangan terunggul daripada himpunan True Thinline. Ia hadir dalam tiga pilihan warna refleksi daripada logo Grandi Giardini Italiani dengan reka bentuk dail inovatif terbaru mewakili tanah, air dan daun.

Menampilkan rona coklat muda bagi mewakili keindahan tanah di bumi, manakala jam tangan warna hijau mengambil keunikan struktur dedaun yang menggambarkan kesegaran fauna.

Untuk kepelbagaian, disediakan koleksi jam tangan rona biru bagi menggambarkan kejernihan air mengalir. Rekaan tali jam seakan gelang tangan berkilat dan bercahaya ini nampak lebih eksklusif dengan permukaan dail lebih unik tetapi ringkas.

Walaupun koleksi True Thinline Nature ini ringan dan nipis tetapi kecanggihan teknologinya bersifat tahan lasak dan tahan lama.

Menariknya reka bentuk butik Rado turut diberikan nafas baharu seiring dengan konsep yang ingin ditampilkan melalui ciri-ciri asli dan elemen terkini. Butik ini mengetengahkan rekaan kontra, minimalis dan kerja tangan bertekstur berasaskan bahan bermutu tinggi.

Walaupun butik terbaru Rado ini dibuka secara rasminya kepada orang ramai pada Julai lalu, tetamu yang hadir pada acara eksklusif ini berpeluang melihat koleksi terkini Rado dengan lebih dekat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 September 2018 @ 7:00 AM