PILIHAN tudung labuh yang mudah digayakan untuk penampilan sopan.
PILIHAN tudung labuh yang mudah digayakan untuk penampilan sopan.
PILIHAN fabrik bercorak menampilkan gaya lebih segar.
PILIHAN fabrik bercorak menampilkan gaya lebih segar.
PENAMPILAN manis untuk Muslimah moden.
PENAMPILAN manis untuk Muslimah moden.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi


Keperluan wanita yang mahu bergaya sopan, kemas dan menarik terutama Muslimah menjadikan banyak butik menampilkan rekaan yang sesuai dengan cita rasa mereka.

Misalnya, rekaan terbaru koleksi jubah, Hijrah Closet menampilkan rekaan yang lebih unik dengan pilihan rona segar. Menariknya, rekaan yang diketengahkan di bawah jenama butik Addhuha ini mengetengahkan penampilan yang lebih sopan, tetapi tampak moden buat Muslimah yang mementingkan penampilan anggun.

Imej Muslimah yang sopan dan manis tampak lebih terserlah dengan pemakaian jubah berpotongan longgar dan tidak mengikut bentuk tubuh.

Idea pengarah urusannya, Zaitul Nazuha Zakaria dan pengurus besar, Huraizah Shafie banyak memberi tumpuan terhadap rekaan yang pelbagai pada koleksi jubahnya untuk memberikan pilihan yang lebih menarik mengikut cita rasa Muslimah masa kini.

Setiap helaian koleksi jubah menggunakan material yang diimport dari luar negara bagi memberi kelainan kepada penggunanya. Namun, material yang dipilih masih memberi fokus kepada kesesuaian cuaca di negara ini untuk memberi keselesaan kepada si pemakai.

Boleh didapati bermula daripada harga RM179, jubah berkenaan sesuai digayakan Muslimah berusia sekitar usia 20 hingga 45 tahun.

Lebih mementingkan konsep rekaan yang sederhana, kebanyakan helaian jubah yang ditampilkan hanya ditambah dengan sentuhan jahitan butang di bahagian dada dan tangan serta ropol.

Selain jubah, blaus dan skirt, butik berkenaan turut menampilkan koleksi tudungnya di bawah nama Nuwwara dan Addhuhaparadise.

Dipasarkan dengan harga mampu milik dan berkualiti tinggi, kebanyakan koleksi tudung labuhnya boleh dipelbagaikan kaedah lilitan mengikut kreativiti si pemakai.

Pilihan rona pastel pada koleksi tudung labuh butik berkenaan banyak memberi penekanan terhadap rona pastel untuk memudahkan pengguna memadankan bersama pakaian yang digayakan.

Selain boleh dibeli di butik di Bandar Baru Bangi, koleksi terkini jenama berkenaan juga boleh didapati secara dalam talian melalui laman web www.addhuha.com, @addhuhaparadise (Instagram) atau www.facebook.com/addhuhaparadise

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 5:01 AM