FOTO fail menunjukkan Charles bersama ibunya, Ratu Elizabeth II. FOTO AFP
FOTO fail menunjukkan Charles bersama ibunya, Ratu Elizabeth II. FOTO AFP
AFP

London: Raja Charles III menzahirkan penghargaan kepada orang ramai atas sokongan mereka pada tahun pertamanya sebagai ketua negara, sempena ulang tahun pertama kematian ibunya, Ratu Elizabeth II, hari ini.

Dalam satu kenyataan ringkas, Charles yang berusia 74 tahun itu mengimbau kasih sayang ibunya, kehidupannya dan layanannya terhadap rakyat.

"Saya juga amat berterima kasih atas kasih sayang dan sokongan yang ditunjukkan kepada isteri dan diri saya sepanjang tahun ini kerana kami sedaya upaya membuat yang terbaik untuk anda semua," titahnya.

Di London, Artileri Kuda Diraja Tentera Diraja akan melepaskan 41 das tembakan di Taman Hyde mulai 12 tengah hari ini, bagi meraikan pemerintahan Charles III.

Kemudian, anggota King's Troop Royal Horse - rejimen tertua dalam Tentera British, akan melepaskan 62 das tembakan tembakan dari Menara London, mulai 1 tengah hari.

Putera William dan isterinya, Catherine serta waris lain dijangka menjalankan tugas diraja dan menyampaikan perutusan untuk menghormati mendiang ratu.

Adik lelaki William, Putera Harry yang berada di London, untuk acara amal semalam tetapi dijangka tidak bertemu ahli keluarganya.

Ratu Elizabeth yang memerintah selama 70 tahun, meninggal dunia di Istanal Balmoral, Scotlang, pada usia 96 tahun, selepas kesihatannya merosot.

Kematian Elizabeth II adalah peristiwa penting bagi rakyat United Kingdowm.

Bagi kebanyakan rakyatnya yang masih hidup, Elizabeth II adalah satu-satunya raja dan ketua negara yang pernah mereka kenali.

Menjelang upacara pemakaman, tempoh berkabung rasmi selama 10 hari menyaksikan puluhan ribu orang beratur sehingga 25 jam untuk memberikan penghormatan terakhir di Dewan Westminster di sini.

Sepanjang pemerintahannya, Elizabeth II tidak meraikan ulang tahun menaiki takhta secara terbuka berikutan ia juga menandakan ulang tahun kematian bapanya sendiri, Raja George VI pada 1952.

Apabila baginda menyambut tahun Jubli Platinumnya pada 6 Februari tahun lalu, ratu menghabiskan hari itu secara tertutup di estet Sandringham di Norfolk, timur England.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 September 2023 @ 11:23 AM