RAJA Charles III ketika memberi perutusan kepada rakyat dan Komanwel yang disiarkan menerusi televisyen. FOTO AFP.
RAJA Charles III ketika memberi perutusan kepada rakyat dan Komanwel yang disiarkan menerusi televisyen. FOTO AFP.
AFP

London: Sehari selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, di Scotland, Raja Charles III meninggalkan Istana Balmoral dan kembali ke London ditemani isterinya Raja Permaisuri Camilla.

Berikut adalah rententan peristiwa sehari berkenaan:

* Charles meninggalkan Balmoral, di timur laut Scotland, menuju ke London dengan konvoi kereta. Permaisuri Camilla kelihatan termenung di tempat duduk hadapan kenderaan menuju ke lapangan terbang Aberdeen untuk penerbangan pulang ke ibu negara. Charles duduk di belakang.

* Loceng gereja berbunyi di seluruh Britain sebagai penghormatan kepada mendiang Ratu, termasuk di Katedral St Paul di London dan Biara Westminster, serta kediaman mendiang di Windsor, di barat ibu negara.

* Istana Buckingham mengumumkan majlis pertabalan rasmi sebagai raja baharu akan diadakan di Accession Council, bermula jam 10 pagi, Sabtu.

RAJA Charles III kelihat sedih ketika ketika melihat bunga yang diletakkan di luar Istana Buckingham. FOTO AFP
RAJA Charles III kelihat sedih ketika ketika melihat bunga yang diletakkan di luar Istana Buckingham. FOTO AFP

* Tembakan meriam bergema di seluruh negara sempena upacara memperingati mendiang Ratu.

* Sebanyak 96 das tembakan meriam, mewakili setiap tahun dalam hidup mendiang dilepaskan dari Hyde Park dan Menara London.

* Tembakan kehormat turut dilepaskan ke Istana Edinburgh di Scotland, Istana Hillsborough di Ireland Utara dan Istana Cardiff di Wales, serta Kepulauan Channel dan Gibraltar.

RAJA Charles III dan Permaisuri Camilla di luar Istana Buckingham selepas tiba dari Scotland. FOTO AFP.
RAJA Charles III dan Permaisuri Camilla di luar Istana Buckingham selepas tiba dari Scotland. FOTO AFP.

* Pesawat yang membawa Charles dan Camilla mendarat di RAF Northolt di barat London. Pasangan diraja itu kemudian menaiki kereta ke Istana Buckingham yang menyaksikan orang ramai berkumpul menyambut ketibaan mereka.

* Raja Charles III yang memakai sut hitam dilihat bersalaman dengan orang ramai yang mengucapkan takziah, selain menyanyikan lagu 'God Save the King'.

* Bendera Royal Standard', yang dikibarkan di istana diraja apabila raja berada di kediaman, kemudian dinaikkan di Istana Buckingham buat kali pertama dalam pemerintahan Raja Charles III.

* Raja Charles III mengadakan pertemuan pertama dengan Perdana Menteri Liz Truss di Istana Buckingham. Pertemuan peribadi antara raja dan perdana menteri adalah berkecuali dari segi politik, lazimnya diadakan setiap minggu dan berlaku sepanjang pemerintahan Ratu Elizabeth II selama 70 tahun.

ORANG ramai berkumpul di luar Istana  Buckingham. FOTO  AFP
ORANG ramai berkumpul di luar Istana Buckingham. FOTO AFP

* Raja Charles III menyampaikan perutusan pertamanya sebagai raja kepada rakyat dan Komanwel. Dalam perutusan yang disiarkan televisyen itu, baginda turut memberikan penghormatan penuh emosi kepada mendiang bondanya dengan panggilan 'mama tersayang'.

* Putera Charles III mengumumkan Putera William dan isterinya Kate akan menyandang gelaran Putera dan Puteri Wales yang baharu.

* Upacara memperingati mendiang Ratu akan diadakan di Katedral St Paul, tanpa dihadiri raja baru dan buat pertama kalinya lagu, 'God Save the King' dipersembahkan secara rasmi pada upacara di gereja itu yang turut dihadiri Truss.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2022 @ 10:37 AM