PUTERA William (kanan) bersama Chales. FOTO fail AFP
PUTERA William (kanan) bersama Chales. FOTO fail AFP
AFP

London: Pewaris kepada takhta Britain kini adalah, Putera William, selepas bapanya, Charles, menjadi Raja England.

Memandangkan Charles dimasyhurkan sebagai raja pada usia 73 tahun, tempoh pemerintahannya dijangka lebih singkat berbanding ibunya, Ratu Elizabeth II.

Jadi, William, 40, dikatakan akan memainkan peranan lebih besar apabila bapanya semakin berusia.

Lahir pada 21 Jun 1982, William atau nama sebenarnya William Arthur Philip Louis Mountbatten-Windsor adalah putera popular yang ditakdirkan menjadi raja.

Harry pula lahir dua tahun kemudian.

Namun, kedua-dua putera itu menerima layanan sama dari segi pendidikan, dengan pengasuh dan bersekolah asrama pada usia lapan tahun.

William hanya berusia 10 tahun ketika ibu bapanya berpisah, yang menyebabkan perceraian pasangan diraja itu.

Beliau berusia 15 tahun ketika ibunya Puteri Diana terbunuh dalam kemalangan kereta pada 1997.

William dan Kate Middleton pertama kali bertemu di Universiti St Andrews, Scotland.

Hubungan mereka mekar selepas beliau melihat Kate menjadi model pada pertunjukan fesyen yang dianjurkan oleh penuntut universiti.

Pasangan itu yang berkahwin pada 2011 kini mempunyai tiga anak, George Charlotte dan Louis.

Mereka dikenali sebagai Duke dan Duchess of Cambridge, dan kini Duke dan Duchess of Cornwall, selepas kematian Ratu Elizabeth II.

Berita berkaitan

Ratu Elizabeth II mangkat

Charles, akhirnya menjadi raja

Elizabeth, satu-satunya individu tidak miliki pasport

Camilla bakal raja permaisuri

Raja Charles III bakal warisi RM1.9 billion

Operasi London Bridge bermula

Wang, lagu kebangsaan akan bertukar

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2022 @ 4:18 PM