SYILING Britain pertama memaparkan imej Raja Charles III didedahkan Royal Mint. FOTO AP
SYILING Britain pertama memaparkan imej Raja Charles III didedahkan Royal Mint. FOTO AP
Reuters

London: Syiling Britain pertama memaparkan imej Raja Charles III didedahkan, Royal Mint, dengan potret Raja Britain baharu itu turut menghadap ke arah bertentangan dengan mendiang ibunya, Ratu Elizabeth II, yang dibuat mengikut tradisi.

Imej baharu itu akan muncul pada syiling 50 Pence Sterling, yang bakal diedarkan dalam beberapa bulan akan datang serta pada syiling 5 Pound Sterling yang turut menampilkan dua potret baharu Elizabeth di bahagian belakangnya.

Sejak monarki dipulihkan pada 1660, ia menjadi tradisi imej raja dalam syiling perlu menghadap bertentangan dengan pemerintah terdahulu mereka.

Charles secara peribadinya meluluskan potret rasmi berkenaan yang menunjukkan Baginda menghadap ke kiri.

Pengarah Muzium Royal Mint, Kevin Clancy berkata, kemunculan wajah baharu pada syiling itu menandakan perubahan terbesar dalam beberapa dekad sejak era Elizabeth dan Carolean.

"Kali pertama orang akan melihat imej berbeza pada syiling sejak sekian lama," katanya.

Menurut Pengukir British, Martin Jennings, rekaan itu adalah karya kecil pernah beliau hasilkan, namun berbesar hati ia akan dilihat dan dipegang oleh seluruh dunia selama berabad-abad pada masa akan datang.

Ratu Elizabeth meninggal dunia pada 8 September lalu pada usianya 96 tahun selepas 70 tahun menaiki takhta.

Kira-kira 27 bilion syiling yang memaparkan imejnya sedang dalam edaran dan akan kekal sah dan pemakaiannya beransur-ansur akan dilupuskan dari semasa ke semasa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 September 2022 @ 10:40 AM