WANG kertas lama 20 Pound Sterling dan 50 Pound Sterling. FOTO Bank of England
WANG kertas lama 20 Pound Sterling dan 50 Pound Sterling. FOTO Bank of England
Agensi

London: Hampir 19 bilion pound sterling (kira-kira RM106 bilion) wang lama masih digunakan, enam bulan sebelum wang kertas 20 Pound Sterling dan 50 Pound Sterling dihentikan sebagai wang sah.

BBC News melaporkan, wang kertas 10 Pound Sterling dan 5 Pound Sterling akan dikeluarkan, manakala wang kertas 20 Pound Sterling dan 50 Pound Sterling tidak lagi digunakan selepas 30 September ini.

Ia digantikan dengan wang kertas plastik baharu dengan beberapa siri ciri keselamatan.

Bagaimanapun, Bank of England berkata, ia akan terus menukar wang kertas lama dengan nilai muka.

Terdapat juga 105 juta Pound Sterling syiling lama satu paun dalam edaran, menurut Royal Mint.

Butiran wang tunai yang masih dalam edaran atau disimpan di rumah didedahkan dalam permintaan Kebebasan Maklumat oleh BBC Wales.

Bank of England berkata, 775 juta wang kertas masih dalam edaran.

Ia meliputi 113 juta wang kertas 5 Pound Sterling, 73 juta wang kertas 10 Pound Sterling, 360 juta wang kertas 20 Pound Sterling, 209 juta wang kertas 50 Pound Sterling kekal dalam edaran.

Wang kertas 5 Pound Sterling ditarik balik pada Mei 2017 dan wang kertas 10 Pound Sterling pada Mac 2018 sebelum ia menjadi cara pembayaran yang diterima secara sah.

Sebagai tambahan kepada wang tunai kertas, Royal Mint berkata, kira-kira 105 juta syiling 1 Pound Sterling lama belum dikembalikan.

Daripada 1.6 bilion yang dipulangkan, kira-kira 1.45 juta adalah tiruan.

Syiling lama masih boleh disimpan di bank tetapi tidak boleh dibelanjakan di kedai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mac 2022 @ 7:01 AM