BARBER bergambar berlatarkan angsa di Sungai Thames. FOTO Reuters
BARBER bergambar berlatarkan angsa di Sungai Thames. FOTO Reuters
Reuters

London: Angsa yang berenang di sepanjang Sungai Thames dan sering menjadi tumpuan pelancong di tebing sungai seluruh Britain kini memiliki pemilik baharu.

Selepas kematian 'ibunya', Ratu Elizabeth II, Raja Britain yang baharu, Raja Charles akan mewarisi banyak angsa di negara itu.

"Raja mempunyai hak untuk membiarkan angsa yang berenang di perairan terbuka tanpa tanda jika dia mahu," kata David Barber.

Barber bekerja untuk mendiang Ratu Elizabeth II selama kira-kira 30 tahun sebagai penjaga angsa raja itu.

"Bukan semua angsa milik raja, tapi jika baginda ingin menuntut haiwan itu, baginda boleh menggunakan hak prerogatif diraja,," katanya.

Dia bagaimanapun tidak dapat mendedahkan anggaran jumlah angsa yang dimiliki oleh raja.

Angsa mula dibela sejak zaman pertengahan, apabila haiwan itu dianggap sebagai makanan istimewa.

"Seiring dengan peredaran waktu, angsa dimiliki pelbagai orang dan ratu memberi mereka hak untuk memilikinya.

"Jika dulu angsa dijadikan hidangan sempena Hari Krismas, namun kini angsa tidak lagi dimakan kerana ia melalui proses pemuliharaan bagi tujuan pendidikan," katanya.

Ratu juga berkongsi angsa putih yang memiliki tanda tersendiri bersama persatuan perdagangan.

Selama 30 tahun bekerja sebagai penjaga angsa raja, Barber bertemu sempat bertemu mendiang Ratu beberapa kali di acara awam dan tidak rasmi.

Barber memakai kot merah dan berbulu angsa di topinya yang dihadiahkan Ratu pada 2014.

"Ratu seorang yang sangat cantik dan boleh berbual dengan dengan mesra selain meminati semua hidupan liar termasuk angsa," katanya.

Barber juga berharap Raja Britain yang baru ditabalkan, Raja Charles III akan mencontohi sikap bondanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2022 @ 11:10 AM