SUHAIRI berkata tumpuan selepas ini dalam acara olahraga, memanah dan sukan tempur. FOTO Ihsan Sukan IPT
SUHAIRI berkata tumpuan selepas ini dalam acara olahraga, memanah dan sukan tempur. FOTO Ihsan Sukan IPT
Syafiq Aznan


Surabaya: Kontinjen negara tampak berada pada landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 35 pingat yang diletakkan pada Sukan Universiti Asean (AUG) 2024 susulan kejayaan meraih 13 pingat emas selepas hari kelima temasya berlangsung, semalam.

Ketua kontinjen ke AUG 2024, Suhairi Ismail optimis mengenai perkembangan itu selepas kontinjen negara menunjukkan momentum positif yang menyaksikan pingat emas dapat dituai lima hari berturut-turut setakat semalam.

"Setakat ini untuk fasa awal, kutipan pingat emas masih dalam jangkaan untuk mencapai sasaran. Selepas ini, kita sasarkan pingat dalam acara olahraga, memanah dan acara sukan tempur.

"Malah, kita masih berpeluang menambah pingat emas dalam acara renang yang sudah pun mencapai sasarannya kerana acara renang hanya akan berakhir hari ini (Isnin).

"Kita juga ada kejutan pada hari kelima menerusi skuad bola baling lelaki yang menghadiahkan pingat emas untuk kontinjen negara," katanya.

Sebagai rekod, kontinjen negara berjaya menghimpun 13 pingat emas, 15 pingat perak dan 22 pingat gangsa selepas lima hari temasya dibuka secara rasmi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2024 @ 2:59 PM