PUTERA Andrew, Laksamana Madya Timothy Laurence (tengah), Putera Edward dan Puteri Anne ketika keranda mendiang Ratu Elizabeth dibawa masuk ke Istana Holyroodhouse, Edinburgh. FOTO AFP
PUTERA Andrew, Laksamana Madya Timothy Laurence (tengah), Putera Edward dan Puteri Anne ketika keranda mendiang Ratu Elizabeth dibawa masuk ke Istana Holyroodhouse, Edinburgh. FOTO AFP
AFP

Edinburgh: Kemangkatan Ratu Elizabeth II di Scotland menyebabkan perlantikan pewaris takhta yang baharu kepada anak lelakinya.

Namun penyerahan takhta kepada raja baharu, Raja Charles III menimbulkan perdebatan mengenai kemerdekaan Scotland daripada United Kingdom (UK).

Ribuan rakyat berdiri selama berjam lamanya pada Ahad memberi penghormatan ketika mendiang ratu berusia 96 tahun itu tiba dari Istana Balmoral ke Istana Holyroodhouse di Edinburgh.

Namun, terdapat aliran republikanisme yang kuat di Scotland, dan beberapa tohmahan dilaungkan di tengah orang ramai yang berkumpul.

Seorang wanita berusia 22 tahun ditahan kerana mencetuskan kekecohan apabila memegang sepanduk dengan slogan antimonarki.

Bagi sesetengah orang, Ratu Elizabeth II dan anaknya Raja Charles III mewakili kekuatan UK, Scotland, England, Ireland Utara dan Wales.

"Ratu menjadi penyatu kepada UK," kata Archie Nicol, 67, yang hadir memberi penghormatan di Istana Balmoral.

Namun, ramai yang turut menyatakan kekaguman mereka terhadap mendiang ratu kerana melihat dirinya berusaha untuk mewujudkan sebuah negara yang merdeka.

"Ratu jelas menghormati Scotland. Keluarga diraja sama seperti rakyat Scotland yang lain," kata Nicola Sandilands, 46, seorang guru sekolah rendah.

Bagaimanapun, dia mengakui bahawa kemangkatan ratu mungkin akan memudahkan Scotland menjadi sebuah republik.

"Bagi sesetengah rakyat Scotland, peristiwa ini dianggap sebagai permulaan sesuatu yang baharu," tulis wartawan Scotland Alex Massie dalam The Times.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 September 2022 @ 11:09 AM