YOON memberikan penghormatan terakhir
YOON memberikan penghormatan terakhir
BERNAMA

Seoul: Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol akan menghadiri upacara pengebumian Ratu Elizabeth II pada 19 September, menurut kenyataan pejabat presiden.

Ratu Elizabeth II akan disemadikan di Westminster Abbey dan upacara pengebumian negara itu juga bakal dihadiri kerabat diraja Britain dan pembesar asing.

"Presiden Yoon Suk-yeol akan menghadiri upacara pengebumian negara mendiang Ratu Elizabeth II di Westminster Abbey di London pada 19 September," lapor Sputnik memetik kenyataan itu pada Ahad.

Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta, mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada Khamis.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 September 2022 @ 3:52 PM