Rusia menyekat eksport gula dan bijirin dan kini berusaha untuk meyakinkan rakyatnya bekalan produk makanan penting tidak akan terganggu. foto agensi
Rusia menyekat eksport gula dan bijirin dan kini berusaha untuk meyakinkan rakyatnya bekalan produk makanan penting tidak akan terganggu. foto agensi
AFP

Moscow: Empat minggu selepas Rusia menghantar tentera ke Ukraine, negara itu kini mula merasai kesan sekatan yang dikenakan Barat.

Tular rakaman video yang menyaksikan orang awam merebut untuk mendapatkan bekalan gula dari sebuah pasar raya.

Keadaan tegang itu berlaku kerana rakyat Rusia bimbang kekurangan bekalan akan berlaku, selain kenaikan mendadak harga bahan makanan.

Harga gula naik mendadak dan kedai mengenakan sekatan belian kepada setiap pelanggan.

Keadaan sama sebelum ini berlaku ketika krisis ekonomi dan kekurangan bekalan makanan di Rusia pada 1990-an, termasuk kekurangan gula dan bijirin yang terkenal di negara itu.

Rusia menyekat eksport gula dan bijirin dan kini berusaha untuk meyakinkan rakyatnya bekalan produk makanan penting tidak akan terganggu.

Kremlin menyifatkan tindakan rakyatnya untuk mengumpul stok makanan sebagai reaksi 'emosi'.

Barangan lain yang melambung harga dan kehabisan stok adalah kertas dengan media tempatan melaporkan bahawa harga runcit meningkat dua hingga tiga kali ganda.

Kotak juga dijual semula secara atas talian.

Keadaan ini berlaku kerana beberapa kilang kertas menggantung pengeluaran seperti jenama popular, Svetocopy di Saint Petersburg.

Penggantungan pengeluaran ini disebabkan industri kertas Rusia menggunakan natrium klorat sebagai agen peluntur dan mengimport sebahagian besar bahan kimia itu dari luar negara.

Rakyat kelas pertengahan di Rusia pula sudah terbiasa dengan penerbangan ke Eropah dan lokasi lain tetapi kini keadaan itu tidak berlaku selepas sekatan ruang udara dikenakan terhadap pesawat Rusia di negara Barat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Mac 2022 @ 7:00 AM