Penduduk Palestin melaungkanprotes pada 18 November 2023 di bandar Tebing Barat, menentang serangan Israel yang dilaporkan di kem pelarian Jabalia di Gaza sebelum ini. FOTO AFP
Penduduk Palestin melaungkanprotes pada 18 November 2023 di bandar Tebing Barat, menentang serangan Israel yang dilaporkan di kem pelarian Jabalia di Gaza sebelum ini. FOTO AFP
AFP

Semenanjung Gaza: Lebih 80 maut pada Sabtu dalam dua serangan Israel ke atas kem pelarian Jabalia.

Seorang pegawai kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas berkata sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh dalam serangan Israel pada waktu subuh ke atas sekolah Al-Fakhura yang dikendalikan PBB di kem itu, yang ditukar menjadi tempat perlindungan untuk penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal, kata pegawai itu kepada AFP.

Video media sosial - yang tidak dapat disahkan oleh AFP - menunjukkan mayat berlumuran darah dan habuk di lantai sebuah bangunan.

Serangan berasingan ke atas bangunan lain di kem itu pada Sabtu membunuh 32 orang daripada keluarga yang sama, 19 daripadanya kanak-kanak, kata pegawai kementerian kesihatan.

Kementerian mengeluarkan senarai 32 ahli keluarga Abu Habal yang dikatakan meninggal dunia.

Jabalia ialah kem pelarian terbesar di Gaza, di mana kira-kira 1.6 juta kehilangan tempat tinggal akibat pertempuran lebih enam minggu antara Israel dan Hamas.

Tentera Israel tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas mengenai dua serangan itu.

Agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA) juga tidak dapat memberikan reaksi segera.

Pada awal November, kerajaan Hamas berkata lebih 200 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera dalam pengeboman Israel ke atas kem Jabalia selama tiga hari berturut-turut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 November 2023 @ 11:58 AM