Sari Mansour (kiri) dan Hassouna Salim yang terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas rumah Mansour di Semenanjung Gaza, pada 18 Oktober 2023. FOTO Agensi
Sari Mansour (kiri) dan Hassouna Salim yang terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas rumah Mansour di Semenanjung Gaza, pada 18 Oktober 2023. FOTO Agensi
Agensi

Bandaraya Gaza: Dua lagi wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian di Semenanjung Gaza yang dikepung ketika rejim itu meneruskan perang pembunuhan beramai-ramai terhadap wilayah itu.

Menurut media Palestin, Sari Mansour terbunuh, bersama rakannya Hassouna Salim, dalam serangan udara Israel lewat Sabtu ke atas kem itu.

Kedua-dua wartawan itu kehilangan nyawa mereka selepas rumah Sari Mansour diserang Israel di kem Bureij, yang terletak di tengah Semenanjung Gaza.

Penganalisis percaya bahawa rejim Israel melancarkan kempen terancang untuk membunuh wartawan yang disasarkan untuk menyembunyikan jenayah perangnya di Gaza.

Sementara itu Bernama-Anadolu melaporkan bahawa Palestinian Journalists Syndicate (PJS) berkata dalam kejadian yang berlaku pada awal Sabtu itu, wartawan dan penganalisis politik Mustafa al-Sawwaf turut terbunuh bersama beberapa ahli keluarganya.

Sementara itu, dua anak lelaki al-Sawwaf, seorang jurufoto kontrak Anadolu dan pembuat filem turut cedera parah.

PJS berkata angka kematian membabitkan wartawan Palestin sejak 7 Oktober melonjak kepada 79 orang manakala 29 wartawan lagi ditahan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 November 2023 @ 12:54 PM