PENDUDUK Gaza mengangkat jenazah keluarga Zannoun yang meninggal dunia dalam serangan udara Israel. FOTO AFP.
PENDUDUK Gaza mengangkat jenazah keluarga Zannoun yang meninggal dunia dalam serangan udara Israel. FOTO AFP.
Agensi

Gaza: Dengan penuh hiba dan menyayat hati, penduduk Palestin mula menggali kubur besar untuk menyemadikan jenazah syuhada yang terkorban dalam serangan Israel.

Mangsa dikebumikan semalam di tanah perkuburan yang sudah mencapai kapasiti maksimum berikutan jumlah kematian yang tinggi, menurut agensi berita Palestin WAFA.

Perkhidmatan kecemasan juga berdepan kesukaran untuk mengeluarkan mangsa daripada sisa runtuhan bangunan, ditambah kerosakan besar infrastruktur dan jalan menuju hospital.

PENDUDUK Palestin menunaikan solat jenazah terhadap ahli keluarga Agha yang terkorban dalam serangan Israel di Khan Yunis, selatan Gaza FOTO. AFP.
PENDUDUK Palestin menunaikan solat jenazah terhadap ahli keluarga Agha yang terkorban dalam serangan Israel di Khan Yunis, selatan Gaza FOTO. AFP.

Hospital Gaza sedang bergelut dengan krisis kemanusiaan kerana dipenuhi jumlah mangsa yang meninggal dunia, di tengah-tengah pengeboman yang masih berterusan.

Menteri Kesihatan Palestin, Mai Alkaila dilapor Anadolu berkata, rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan kejam Israel meningkat kepada 2,670 setakat Ahad, termasuk 750 kanak-kanak.

Jumlah yang cedera pula mencapai 9,600, sementara 50 keluarga Palestin telah dikeluarkan sepenuhnya daripada daftar sivil berikutan serangan udara Israel yang berterusan.

Beliau juga menyifatkan keadaan di Gaza sebagai "kubur dan malapetaka di semua peringkat."

KUBUR di Rafah, selatan Gaza yang disediakan untuk pengebumian mangsa serangan Israel. FOTO AFP.
KUBUR di Rafah, selatan Gaza yang disediakan untuk pengebumian mangsa serangan Israel. FOTO AFP.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Oktober 2023 @ 2:17 PM