AHMAD Farhan ketika menziarahi Huzz di hospital. FOTO Ihsan FB Anwar Ibrahim
AHMAD Farhan ketika menziarahi Huzz di hospital. FOTO Ihsan FB Anwar Ibrahim
BERNAMA

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada wartawan hiburan popular era 80-an hingga 90-an, Huzz atau nama sebenarnya Kamal Huzaini Kamaludin, yang kini terlantar di Hospital Kuala Lumpur akibat menderita kanser usus tahap empat.

Dalam hantaran di Facebooknya, Anwar berkata Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi, berkesempatan menziarahi wartawan yang terkenal menerusi penulisan berkaitan dunia artis tanah air.

"Selain bertanyakan khabar, Ahmad Farhan turut memberikan sedikit bantuan dari pihak saya bagi meringankan beban yang ditanggung.

"Saya amat berharap pemberian ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada saudara Huzz, insya-Allah," kata Perdana Menteri.

Dalam hantaran sama, Anwar turut berkongsi gambar keadaan terkini Huzz.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2024 @ 5:55 PM