KIM Jong Un. FOTO KCNA/ KNS/ AFP
KIM Jong Un. FOTO KCNA/ KNS/ AFP
Reuters

Pyongyang: Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menggerakkan buruh muda untuk melancarkan projek perumahan baharu di Pyongyang.

Jong Un dalam rangka rancangan membina 50,000 rumah di ibu negara walaupun negara itu mengalami kesukaran ekonomi.

Beliau dilihat menghadiri majlis pecah tanah untuk projek pembinaan di daerah Sopo, Pyongyang, pada Sabtu, bersama ribuan buruh muda, lapor agensi berita rasmi KCNA.

Pada 2021, Jong Un melancarkan rancangan untuk membina 50,000 rumah baharu di Pyongyang menjelang 2025, dan media kerajaan melaporkan 10,000 pangsapuri baharu yang pertama tahun lalu termasuk bangunan pencakar langit 80 tingkat, sudah siap.

Pelan itu dibuat selepas Korea Selatan memberi amaran mengenai krisis makanan yang semakin meruncing di Utara, termasuk peningkatan kematian akibat kebuluran di beberapa wilayah luar bandar, baru-baru ini.

Korea Utara tidak mengesahkan sebarang kekurangan makanan tetapi parti pemerintah menjadualkan mesyuarat pada akhir Februari untuk membincangkan pembangunan pertanian, menyebutnya sebagai "tugas yang sangat penting dan mendesak."

Jong Un berkata, projek perumahan itu menghadapi "cabaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini".

Dia menggerakkan unit buruh muda, dipanggil dolgyeokdae atau 'Briged Kejutan', dalam inisiatif infrastruktur.

Di Sopo, beliau berhasrat untuk mewujudkan kira-kira 4,100 rumah sebagai tambahan kepada 10,000 pangsapuri yang dilancarkan baru-baru.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Februari 2023 @ 9:46 AM