AFP

Seoul: Korea Utara, pada Isnin, melaporkan lebih lapan kematian akibat 'demam' selepas mengumumkan kes pertama Covid-19, baru-baru ini, dengan tentera dikerahkan menyelesaikan isu bekalan ubat.

Kim Jong Un mengarahkan suruhanjaya tentera untuk bertindak menstabilkan segera bekalan ubat-ubatan di Bandar Pyongyang dengan menggunakan kuasa tentera dalam bidang perubatan," lapor media kerajaan KCNA.

Jong Un sebelum ini menggelarkan wabak ini sebagai 'pergolakan besar' yang melanda negara itu yang dianggap memiliki sistem penjagaan kesihatan terburuk di dunia.

Korea Utara masih tidak mempunyai vaksin Covid-19, ubat antiviral dan ujian pengesanan besar-besaran.

JONG Un memakai pelitup muka ketika melawat sebuah farmasi di Pyongyang. FOTO EPA
JONG Un memakai pelitup muka ketika melawat sebuah farmasi di Pyongyang. FOTO EPA

Menurut KCNA, Jong Un memaklumkan urusan penghantaran ubatan masih tidak dilaksanakan dengan sempurna kepada farmasi, katanya dalam mesyuarat tergempar biro politik negara pada Ahad.

Kekurangan itu berlaku selepas farmasi gagal mematuhi arahan untuk beroperasi 24 jam, katanya.

"Pegawai dalam Kabinet dan sektor kesihatan awam tidak memainkan peranan untuk mengatur krisis ini dengan baik tetapi hanya bercakap tentang semangat berkhidmat demi rakyat," kata Kim kepada pegawainya menurut KCNA.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mei 2022 @ 10:17 AM