FOTO tidak bertarikh yang dikeluarkan pada 10 Oktober 2022 oleh agensi berita rasmi Korea Utara menunjukkan latihan ketenteraan negara itu. FOTO EPA
FOTO tidak bertarikh yang dikeluarkan pada 10 Oktober 2022 oleh agensi berita rasmi Korea Utara menunjukkan latihan ketenteraan negara itu. FOTO EPA
AFP

Pyonyang: Korea Utara dipercayai melancarkan peluru berpandu yang dianggap ujian 'taktikal nuklear', baru-baru ini, dipantau sendiri Kim Jong Un, lapor media kerajaan pada Isnin.

Latihan itu dianggap sebagai tindak balas kepada latihan ketenteraan bersama yang diketuai Amerika Syarikat (AS) di rantau itu.

Jong Un diketahui sudah lama berhasrat untuk membangunkan senjata nuklear lebih kecil dan ringan untuk kegunaan dalam peperangan.

Hasrat membangunkan senjata itu menjadi keutamaan kepada kongres parti utama negara berkenaan sejak Januari 2021.

Korea Utara menyemak semula undang-undang nuklear bulan lalu sambil membayangkan pelbagai senario yang membolehkan senjata itu digunakan kelak.

Jong Un juga mengisytiharkan Korea Utara sebagai negara kuasa nuklear yang 'tidak boleh dipulihkan' menolak kemungkinan negara itu akan menamatkan pembangunan senjata berkenaan.

Sejak itu, Seoul, Tokyo dan Washington dilihat meningkatkan latihan ketenteraan bersama termasuk melancarkan pesawat kuasa nuklear dari kapal pengangkut USS Ronald Reagan yang menimbulkan kemarahan Pyongyang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2022 @ 10:04 AM