GOTABAYA Rajapaksa. FOTO fail Reuters
GOTABAYA Rajapaksa. FOTO fail Reuters
Reuters

Bangkok: Bekas presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa, dijangka tiba di Thailand, pada esok.

Menurut sumber, Rajapaksa mahu mencari perlindungan sementara di negara kedua di Asia Tenggara itu.

Ia selepas beliau meninggalkan negara Sri lanka bulan lalu susulan protes besar-besaran di negara asalnya itu.

Rajapaksa sebelum ini menaiki penerbangan ke Singapura, melalui Maldives, susulan demonstrasi besar-besaran yang tercetus di Sri Lanka.

Ia susulan krisis ekonomi terburuk di negara itu dan selepas penunjuk perasaan menyerbu kediaman rasmi dan pejabat presiden.

Rajapaksa yang juga pesara pegawai tentera terpaksa meletak jawatan, menjadikannya presiden pertama Sri Lanka yang berbuat demikian ketika masih di tengah penggal.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2022 @ 1:28 PM