Pesawat Saudia Boeing 787 Dreamliner berlepas ke Singapura membawa Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa, isteri dan dua pengawal peribadi. - FOTO AFP
Pesawat Saudia Boeing 787 Dreamliner berlepas ke Singapura membawa Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa, isteri dan dua pengawal peribadi. - FOTO AFP
AFP

Malé, Maldives: Presiden Sri Lanka meninggalkan Maldives pada Khamis menaiki pesawat syarikat penerbangan Saudia menuju ke Singapura, seorang pegawai lapangan terbang memberitahu AFP, sehari selepas dia melarikan diri dari Sri Lanka.

Gotabaya Rajapaksa, isterinya Ioma dan dua pengawal peribadi mereka telah diiringi ke pesawat beberapa minit sebelum ia berlepas dari lapangan terbang Antarabangsa Velana di Male, kata pegawai itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Julai 2022 @ 4:27 PM