PENYOKONG prokerajaan di luar kediaman rMahinda Rajapaksa. FOTO AFP
PENYOKONG prokerajaan di luar kediaman rMahinda Rajapaksa. FOTO AFP
BERNAMA

Colombo: Perdana Menteri Sri Lanka Mahinda Rajapaksa meletak jawatan pada Isnin ketika protes antikerajaan masih berterusan.

"Berkuat kuasa serta-merta saya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri," ciapnya di Twitter.

Sebelum ini media melaporkan Presiden Gotabaya Rajapaksa, adik kepada Mahinda, meminta beliau berundur bagi menyelesaikan krisis ekonomi yang sedang melanda.

"Krisis ekonomi yang kita hadapi memerlukan penyelesaian ekonomi, pihak pentadbiran komited untuk selesaikannya," kata Mahinda dalam catatan media sosial sebelum ini.

Sambil mengakui bahawa kemelut kian memuncak di Sri Lanka, beliau menggesa rakyat "untuk bersabar dan mengelak daripada melakukan keganasan."

Sementara itu, Yoshitha Rajapaksa, anak lelaki Mahinda Rajapaksa berlepas ke Singapura pada Isnin, lapor media Sri Lanka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mei 2022 @ 8:01 AM