AFP

Shanghai: Lapan orang disahkan maut, manakala sembilan lagi masih hilang dalam runtuhan hotel bajet di bandar Suzhou, timur China, kata kerajaan tempatan pada Selasa.

Enam mangsa lain diselamatkan dalam sisa runtuhan Hotel Siji Kaiyuan yang runtuh tengah hari semalam, kata kerajaan tempatan daerah Wujiang dalam hantaran di media sosial.

Pihak berkuasa sebelum ini memaklumkan 14 mangsa sudah diselamatkan, namun jumlah terkini akan dikemas kini selepas maklumat baharu diperoleh.

Pasukan mencari dan menyelamat berbaju oren kini giat mengesan mangsa di celah runtuhan.

Hotel berkenaan yang beroperasi sejak 2018 mempunyai 54 bilik berdasarkan maklumat dalam laman web pelancongan.

PASUKAN penyelamat meneruskan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian. FOTO AFP
PASUKAN penyelamat meneruskan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian. FOTO AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Julai 2021 @ 3:21 PM