MOHD Bachu, 30, kata dia baru hendak memulakan kerja memasang besi di kawasan tapak pembinaan bersama rakan, pada kira-kira 8 pagi. FOTO Rudy Syareme Sheriffudin
MOHD Bachu, 30, kata dia baru hendak memulakan kerja memasang besi di kawasan tapak pembinaan bersama rakan, pada kira-kira 8 pagi. FOTO Rudy Syareme Sheriffudin
Rudy Syareme Sheriffudin


“SAYA tidak sempat buat apa-apa. Kejadian cukup pantas. Tak sampai satu minit," kata mangsa terselamat dalam tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Georgetown.

Warga Bangladesh, Mohd Bachu, 30, berkata, dia baru hendak memulakan kerja memasang besi di kawasan tapak pembinaan bersama rakan, pada kira-kira 8 pagi.

ANGGOTA penyelamat menemui mayat dalam runtuhan di tapak pembinaan Lembah Permai, Tanjung Bungah. FOTO Danial Saad
ANGGOTA penyelamat menemui mayat dalam runtuhan di tapak pembinaan Lembah Permai, Tanjung Bungah. FOTO Danial Saad

Menurutnya, ketika sedang bekerja dia diminta rakannya ntuk pergi mengambil besi di kawasan tapak pembinaan tidak jauh dari tempat runtuh itu.

FOTO Danial Saad
FOTO Danial Saad

“Tidak sampai satu minit tiba-tiba tanah runtuh dan terus menimbus hampir 20 kawan lain termasuk saudara saya, Nur Alam, 35.

“Saya lihat semua sudah terperangkap bawah runtuhan. Tak sempat buat apa-apa," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

FOTO Danial Saad
FOTO Danial Saad

Difahamkan, antara 15 hingga 20 pekerja tertimbus dalam kejadian itu dan dua sudah diselamatkan.

Kerja mencari dan menyelamat kini dijalankan membabitkan pelbagai agensi.

Berita berkaitan

Tanah runtuh, 15 tertimbus di Tanjung Bungah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Oktober 2017 @ 12:26 PM