PENDUDUK berdekatan melihat kejadian serangan bom berani mati berhampiran hotel di Jalan Maka Al Mukaram,  Mogadishu, Somalia. -Foto REUTERS
PENDUDUK berdekatan melihat kejadian serangan bom berani mati berhampiran hotel di Jalan Maka Al Mukaram, Mogadishu, Somalia. -Foto REUTERS
AFP

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 10 terbunuh selepas seorang anggota militan al Shabaab melakukan serangan bom berani mati yang menyasar sebuah hotel di ibu kota Somalia, semalam.

AFP melaporkan, serangan yang disasarkan untuk membunuh pegawai kerajaan di hotel Maka-Al Mukarama itu menyebabkan kemusnahan besar di deretan pusat perniagaan terbabit selain beberapa kenderaan hangus dijilat api.

Saksi memberitahu, serangan bom itu dilakukan pada waktu petang, iaitu ketika suasana masih sibuk dengan orang ramai yang baru pulang dari tempat kerja.

SEBAHAGIAN kawasan musnah akibat serangan itu.
SEBAHAGIAN kawasan musnah akibat serangan itu.

“Lebih 10 orang terbunuh. Operasi menyelamat masih diteruskan dan bilangan kematian mungkin meningkat kerana ada lagi mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan,” kata jurucakap keselamatan negara, Abdirahman Ali.

Mogadishu sering menjadi sasaran kumpulan itu yang melakukan pemberontakan sejak sekian lama untuk menawan kerajaan.

KERETA yang rosak teruk akibat serangan bom berani mati dilihat berhampiran lokasi kejadian.
KERETA yang rosak teruk akibat serangan bom berani mati dilihat berhampiran lokasi kejadian.

Al Shabaab hilang kuasa di hampir semua bandar Somalia selepas Kesatuan Afrika dan tentera Somalia menghalau mereka keluar dari Mogadishu pada 2011, namun pemberontakan kumpulan itu berterusan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2019 @ 8:47 PM