FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
AFP

Mumbai: Sekurang-kurangnya 15 orang maut selepas kilang pensanitasi (sanitizer) di bandar Pune, barat India terbakar, semalam.

"Setakat ini, kami hanya menemui 15 mayat.

"Kebakaran berlaku 4.15 petang di kilang itu, kami masih belum tahu puncanya," kata pegawai bilik kawalan polis luar bandar Pune kepada AFP.

Bagaimanapun, pegawai itu tidak memperincikan jika ada mangsa yang cedera atau masih hilang.

Menurut laporan Times of India, kilang terbabit terletak di sebuah kampung di pinggir Pune

Mereka yang terbunuh dilaporkan terperangkap ketika kebakaran berlaku selepas letupan satu mesin.

Rakaman video disiarkan media tempatan menunjukkan asap tebal keluar dari atas bangunan kilang itu.

Bencana perindustrian kerap berlaku di India di mana pakar berpendapat ia berpunca daripada kelemahan perancangan dan penguatkuasaan peraturan keselamatan.

Perdana Menteri, Narendra Modi turut menzahirkan takziah dan mengumumkan peruntukan pampasan kepada keluarga mangsa termasuk mereka yang cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Jun 2021 @ 9:46 AM