YULIANTI Safitri terpaksa menggunakan FBlive untuk meminta bantuan daripada pasukan penyelamat selepas rumahnya ditenggelami air. FOTO Agensi
YULIANTI Safitri terpaksa menggunakan FBlive untuk meminta bantuan daripada pasukan penyelamat selepas rumahnya ditenggelami air. FOTO Agensi
Agensi

Bandung: Seorang remaja perempuan bernasib baik diselamatkan daripada menjadi mangsa banjir selepas penstriman langsung di Facebook (FB) miliknya mendapat perhatian pasukan penyelamat.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Panamukan, Subang, dekat sini.

Tribunnews.com melaporkan, orang ramai yang menonton penstriman itu kemudian berkongsi maklumat di laman sosial masing masing dan pihak berkuasa.

Yulianti Safitri terpaksa bertindak demikian selepas air naik ke tingkat dua rumahnya.

Dia juga mendakwa sudah beberapa kali meminta bantuan penyelamat namun tidak mendapat respon.

"Tolong pasukan penyelamat. Saya berada di Kampung Baru, Pamanuman. Mohon bantu kami segera.

"Lihat air sudah mula naik dan boleh tenggelamkan orang dewasa. Kami ada lima orang," katanya menerusi video itu sambil menangis.

Kawasan rumahnya sudah dinaiki air selepas hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2021 @ 6:00 AM