AZMI (tiga kanan) beramah mesra dengan penerima sijil penghargaan, Pegawai Bomba Kanan II, Mohammad Shamsudin Ismail (kanan); Pegawai Bomba, Mohd Khairil Azamin Mohamad (dua kanan) dan Pegawai Bomba, Mohd Mohaimi Mohammad (dua kiri). FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Rosliza Mohamed

Kota Bharu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan akan menempatkan jentera dan tujuh anggotanya di kawasan dikenal pasti berisiko terbakar sepanjang Tahun Baru Cina bermula Ahad ini.

Lokasi 'fire point' itu di Kota Bharu, Pengkalan Kubor, Tumpat dan Rantau Panjang, Pasir Mas.

Pengarah JBPM Kelantan, Azmi Osman berkata, setiap jentera itu akan berada di lokasi pada waktu siang dan malam mengikut jadual ditetapkan.

"Langkah awal ini sebagai persiapan untuk kita cepat bertindak apabila menerima panggilan kecemasan dan mengurangkan masa respon.

"Ini kerana kita maklum kesesakan teruk lalu lintas sepanjang musim perayaan akan mengganggu proses menyelamat," katanya.

Beliau terdahulu merasmikan Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Kelantan di ibu pejabatnya di Tunjung di sini, hari ini.

Pada majlis itu seramai lapan kakitangan JBPM dan orang awam menerima Sijil Penghargaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 January 2017 @ 2:42 PM