PASUKAN penyelamat ambil masa sejam untuk mengeluarkan mangsa. FOTO AGENSI
PASUKAN penyelamat ambil masa sejam untuk mengeluarkan mangsa. FOTO AGENSI
AFP

BANDUNG: Tiga pelajar universiti ditemui maut selepas terperangkap di dalam sebuah gua yang dinaiki air banjir, kata pihak berkuasa hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan semalam untuk mengeluarkan lima pelajar yang terperangkap di gua Lele di Jawa Barat selepas ia banjir akibat hujan lebat.

“Mangsa terperangkap di dalam gua sebelum pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mereka,” kata jurucakap agensi penyelamat, Seni Wulandari.

Katanya, pasukan penyelamat mengambil masa selama sejam untuk masuk ke dalam gua sedalam 30 meter di bawah tanah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Disember 2019 @ 6:30 PM