RATU Elizabeth II. FOTO AFP
RATU Elizabeth II. FOTO AFP
AFP

Washington: Ratu Elizabeth II, pemerintah diraja paling lama berkhidmat dalam sejarah Britain, sukar untuk dicari ganti.

Sepanjang 70 tahun pemerintahannya, beliau melakukan perubahan besar memodenkan monarki sehingga merentasi dekad, perkahwinan dan kelahiran diraja serta skandal keluarga.

Bagi rakyat negara itu, beliau adalah satu-satunya raja yang pernah mereka kenali.

Kematiannya pada September lalu boleh dikatakan kematian paling berprofil tinggi tahun ini, seluruh dunia bersedih dan memberikan penghormatan berikutan kepimpinannya yang hebat serta kritikan beliau terhadap peranan monarki dalam penjajahan.

Seluruh dunia pastinya mengenali beliau lebih daripada pemimpin lain dalam sejarah kerana wajahnya yang diterbitkan pada setem, syiling dan wang kertas.

Pemimpin dunia lain yang meninggal dunia pada 2022 termasuk bekas pemimpin Kesatuan Soviet, Mikhail Gorbachev, pada Ogos.

Usaha beliau untuk menghidupkan semula Kesatuan Soviet membawa kepada kejatuhan komunisme dan berakhir Perang Dingin.

SHINZO Abe. FOTO AFP
SHINZO Abe. FOTO AFP

Tahun ini juga menyaksikan pembunuhan bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, yang ditembak semasa ucapan kempen pada Julai lalu.

Tokoh politik lain yang meninggal dunia termasuk bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Madeleine Albright; bekas Menteri Pertama Ireland Utara David Trimble; bekas Presiden China Jiang Zemin; bekas Presiden Ukraine Leonid Kravchuk; bekas Presiden Mexico Luis Echeverria; dan bekas Presiden Peru, Francisco Morales Bermudez.

Turut meninggal dunia adalah Diplomat Cuba Ricardo Alarcon; bekas Senator AS Orrin G Hatch; bekas Presiden Angola, Jose Eduardo dos Santos; pengasas bersama American Indian Movement Clyde Bellecourt dan bekas Setiausaha Pertahanan AS, Ash Carter.

Antara penghibur yang meninggal dunia tahun ini pula adalah pelakon hebat Sidney Poitier, yang memainkan peranan dengan penuh bermaruah sehingga membantu mengubah cara orang kulit hitam digambarkan di layar lebar.

Poitier meninggal dunia pada Januari lalu, menjadi pelakon kulit hitam pertama yang memenangi Anugerah Akademi sebagai Pelakon Terbaik menerusi peranannya dalam filem pada 1963, Lilies of the Field.

LATA Mangeshkar. FOTO AFP
LATA Mangeshkar. FOTO AFP

Orang seni lain yang meninggal dunia termasuk pengarah Jean-Luc Godard; pembuat filem Ivan Reitman; artis visual Paula Rego dan Carmen Herrera.

Pereka fesyen Vivienne Westwood; Issey Miyake dan Hanae Mori; editor fesyen Andre Leon Talley; penyanyi, Loretta Lynn dan Naomi Judd; bintang rock Meat Loaf; penyanyi dan penulis lagu Fleetwood, Mac Christine McVie; pemain dram Foo Fighters, Taylor Hawkins; pemain keyboard, Depeche Mode, Andy 'Fletch' Fletcher; penyanyi dan komposer Bollywood, Bappi Lahiri; penyanyi dan pelakon Olivia Newton-John serta Irene Cara.

Pelakon 'Sesame Street', Bob McGrath; pemain piano, jazz Ramsey Lewis; penyanyi rap, Coolio and Takeoff; penyanyi, Ronnie Spector, Judith Durham, Lata Mangeshkar dan Gal Costa; pelakon, Angela Lansbury, Leslie Jordan, Bob Saget, Tony Dow, Kirstie Alley, Nichelle Nichols, Ray Liotta, Irene Papas, Sally Kellerman, Anne Heche, Bernard Cribbins, Yvette Mimieux dan June Brown.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Disember 2022 @ 10:58 AM