LAURA bersama dua anaknya. FOTO Agensi
LAURA bersama dua anaknya. FOTO Agensi
Agensi

Washington: Seorang guru dan dua anaknya ditemukan mati dengan luka tembakan di Horry County, Carolina Selatan, Rabu lalu.

Portal Independent melaporkan, pegawai penguat kuasa undang-undang tiba di sebuah rumah di kawasan itu untuk melakukan pemeriksaan kebajikan.

Mereka akhirnya menemui mayat Laura Moberley, 42, Eric , 11, dan Emily yang berusia lapan tahun.

Ketiga-tiga mangsa dipercayai mati akibat luka tembakan, kata pihak berkuasa.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih menyiasat motif kejadian dan tidak jelas siapa yang melakukan tembakan itu.

Laura ialah seorang guru sekolah rendah di daerah itu iaitu Horry County Schools.

Horry County Schools mengeluarkan kenyataan dengan menawarkan khidmat kaunselor terlatihnya kepada murid dan kakitangan sekolah yang terjejas akibat kehilangan nyawa guru itu.

"Kami kehilangan kata-kata selepas mengetahui kejadian tragis yang menjejaskan seluruh keluarga yang mempunyai hubungan dengan Horry County Schools," kata kenyataan itu.

"Kami memanjatkan doa untuk keluarga Moberley dan semua yang mengenali mereka.

"Kami menggalakkan komuniti untuk mengekalkan murid dan kakitangan dalam fikiran dan doa mereka dalam masa yang sangat sukar ini," kata kenyataan itu lagi. .

Jabatan Polis Daerah Horry dilaporkan sedang menyiasat kematian, begitu juga Unit Kematian Kanak-kanak Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Carolina Selatan, Penyelamat Bomba Daerah Horry dan Pejabat Koroner Daerah Horry.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2022 @ 12:26 PM