HUKUMAN mati menggunakan kerusi elektrik. FOTO fail AFP
HUKUMAN mati menggunakan kerusi elektrik. FOTO fail AFP
Agensi

Washington: Dihukum mati sama ada ditembak skuad penembak atau duduk di kerusi elektrik. Itu pilihan kepada banduan hukuman mati di South Carolina selepas rang undang-undang ditandatangani di sana.

Gabenor McMaster menandatangani rang undang-undang berkenaan Jumaat lalu dua hari selepas Senat bersetuju perubahan dibuat.

Independent melaporkan, ia dibuat selepas konservatif menggesa perubahan dilakukan susulan keengganan syarikat farmasiteukal memberikan produk berkaitan kepada negara yang menjalankan suntikan maut.

Ia menyebabkan negeri itu tidak mendapat bekalan diperlukan untuk suntikan berkenaan selama beberapa tahun.

Sebelum itu, kaedah terbabit digunakan dan banduan tidak boleh memilih cara lain.

Undang-undang itu menetapkan banduan mesti memilih antara kerusi elektrik, ditembak atau suntikan maut.

Namun, jika ubat suntikan tidak ada, mereka mempunyai dua kaedah lain dan pilihan terakhir adalah kerusi elektrik.

Jabatan Koreksional South Carolina bersedia melaksanakan hukuman menggunakan kerusi elektrik, namun masih perlu mengetahui pelaksanaan skuad menembak di negeri itu.

"Kita akan terus berlatih untuk melaksanakan tugas-tugas ini.

"Berkaitan dengan kerusi elektrik, pemeriksaan secara berkala dilakukan untuk memastikannya sedia digunakan," kata Pengarah Jabatan Komunikasi, Chrysti Shain.

Kaedah tembakan belum pernah digunakan di negeri itu dan belum ada rujukan bagaimana ia akan dilaksanakan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Mei 2021 @ 2:01 PM