ORANG ramai menunggu di luar sebuah pusat yang menempatkan murid yang dibawa dari Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas. FOTO Reuters
ORANG ramai menunggu di luar sebuah pusat yang menempatkan murid yang dibawa dari Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas. FOTO Reuters
AFP

Washington: Seramai 18 pelajar dan tiga orang dewasa, termasuk seorang guru, ditembak mati pada Selasa oleh remaja lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan ke arah sekolah rendah mereka di Texas, Amerika Syarikat (AS).

Suspek berusia 18 tahun, dan insiden itu adalah pembunuhan beramai-ramai dalam kelas yang paling dahsyat di AS, sejak tempoh dua dekad yang lalu.

Berikut adalah kejadian tembakan di institusi pendidikan di AS:

20 April 1999

Kejadian berlaku selepas dua remaja dari Columbine, Colorado, memiliki pelbagai jenis senjata dan bom buatan sendiri dikatakan mengamuk di sekolah menengah.

Seramai 12 pelajar dan seorang guru terbunuh, manakala 24 lagi cedera.

Columbine, nama yang sinonim dengan insiden tembakan di sekolah, adalah kejadian pertama dan masih menjadi kes paling dahsyat di AS.

16 April 2007

Seorang pelajar Korea Selatan di Institut Politeknik Virginia melepaskan tembakan ke arah kampus Blacksburgs, Virginia, membunuh 32 pelajar dan profesor sebelum dia membunuh diri.

Insiden itu mengakibatkan seramai 33 individu cedera.

Lelaki bersenjata itu nampaknya menjadikan penembak Columbine sebagai idolanya.

Ia berdasarkan sebahagian daripada manifesto penuh kebencian yang dihantarnya kepada polis semasa tembakan itu.

14 Disember 2012

Seorang lelaki berusia 20 tahun yang mempunyai sejarah masalah kesihatan mental membunuh ibunya di Newtown, Connecticut, sebelum meletup masuk ke Sekolah Rendah Sandy Hook.

Mangsa terdiri daripada 20 kanak-kanak, berusia enam dan tujuh tahun, serta enam dewasa, ditembak mati,

Penembak terbabit bagaimanapun bertindak membunuh diri selepas itu.

Ibu bapa mangsa kejadian itu mengetuai banyak kempen untuk memperketatkan undang-undang kawalan senjata api, namun sebahagian besar usaha mereka gagal.

KEJADIAN tembakan terbaharu berlaku di Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas. FOTO EPA
KEJADIAN tembakan terbaharu berlaku di Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas. FOTO EPA

14 Februari 2018

Pada 14 Februari, seorang bekas pelajar berusia 19 tahun di Marjory Stoneman Douglas High School yang dibuang kerja kerana masalah disiplin kembali ke sekolah itu di Parkland, Florida dan melepaskan tembakan.

Dia membunuh 14 pelajar dan tiga kakitangan dewasa.

18 Mei 2018

Seramai 10 orang termasuk lapan pelajar, terbunuh selepas pelajar berusia 17 tahun bersenjatakan senapang dan revolver melepaskan tembakan ke arah pelajar sekelasnya di pedalaman Santa Fe, Texas.

Ketika kejadian, kelas pagi baru bermula.

Berita berkaitan

Remaja lepas tembakan di sekolah, 18 murid maut [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mei 2022 @ 11:27 AM