PETUGAS kesihatan membantu mendekontaminasikan rakannya sebagai langkah pencegahan Ebola di Congo. FOTO Reuters
PETUGAS kesihatan membantu mendekontaminasikan rakannya sebagai langkah pencegahan Ebola di Congo. FOTO Reuters
BERNAMA

Johannesburg: Uganda mengenakan sekatan pergerakan masuk atau keluar dari daerah yang dilanda Ebola pada lewat Sabtu bagi membendung penularan penyakit berjangkit itu.

"Tiada pergerakan masuk dan keluar dari daerah Mubende dan Kasanda dibenarkan," kata Presiden Yoweri Museveni dalam ucapannya menerusi televisyen, lapor Agensi Anadolu.

Museveni berkata, perintah berkurung di laksanakan di daerah berkenaan dari 7 malam hingga 6 pagi waktu tempatan.

Uganda mengisytiharkan wabak Ebola bulan lalu selepas penyakit itu dikesan di daerah tengah Mubende.

Museveni berkata, 19 orang meninggal dunia dan 58 kes lagi disahkan.

Pemimpin Uganda itu berkata, semua kes pengebumian di kedua-dua daerah itu, sama ada disebabkan Ebola atau tidak akan dijalankan pasukan tindak balas kesihatan dan ujian akan dijalankan.

Beliau juga berkata semua tempat ibadat dan hiburan akan ditutup.

Wabak Ebola melanda negara Afrika Timur itu sepanjang dua dekad lalu yang setakat ini sudah meragut ratusan nyawa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Oktober 2022 @ 11:05 AM