USAHA membendung wabak itu terjejas akibat pergolakan militan. -Foto Agensi
USAHA membendung wabak itu terjejas akibat pergolakan militan. -Foto Agensi
AFP

BENI: Jumlah kes wabak Ebola di timur Republik Demokratik Congo kini melebihi 1,000 orang, hampir dua pertiga daripadanya meninggal dunia, kata Kementerian Kesihatan, lewat malam semalam.

“Kes terkumpul berjumlah 1,009, dan 629 daripadanya adalah kes maut,” katanya.

Wabak itu mula direkodkan di wilayah North Kivu pada 1 Ogos, dan kemudiannya tersebar ke wilayah berdekatan, Ituri.

Laman web Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) melaporkan, jumlah kematian itu adalah yang kedua direkodkan dalam sejarah Ebola, selepas wabak di Guinea, Liberia dan Sierra Leone pada 2014 hingga 2016 yang meragut 11,308 nyawa.

Usaha membendung wabak terbaru yang ke-10 dalam sejarah Republik Demokratik Congo itu, terjejas disebabkan tahap keselamatan lemah di timur kerana pergolakan militan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mac 2019 @ 9:43 PM