ELLIE Goldstein dipilih sebagai model untuk kempen kecantikan terbaharu Gucci/Instagram
ELLIE Goldstein dipilih sebagai model untuk kempen kecantikan terbaharu Gucci/Instagram
Agensi

London: Remaja perempuan sindrom down melakar sejarah apabila menghiasi kempen kecantikan terbaharu jenama fesyen terkenal Gucci.

Ellie Goldstein, 18, yang berasal dari Essex, England itu dipilih sebagai wajah untuk produk maskara, Gucci Mascara L'Obscur.

Remaja itu bersama empat lain model lain dipilih menerusi pencarian di media sosial ditampilkan menerusi kempen #theguccibeautyglitch.

Ia sejajar dengan usaha jenama itu untuk menyokong bakat baharu dan mempromosikan kecantikan bukan konvensional.

Menerusi kempen kecantikan yang dipaparkan dalam majalah fesyen terkemuka Vogue Italia itu, Goldstein dilihat mengenakan maskara Gucci L'Obscur.

Agensi model Goldstein kemudiannya turut berkongsi gambar model istimewa itu menerusi kempen Gucci itu di Instagram (IG) dan mendapat tanda suka yang banyak daripada warganet.

Gambar berkenaan kini mendapat 840,000 tanda suka di IG.

"Saya menyukainya. Terima kasih untuk peluang yang begitu menakjubkan dan sesi penggambaran luar biasa," kata Goldstein.

Pengguna IG juga turut menyatakan sokongan kepada Goldstein dengan memberikan kata semangat pada ruang komen.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 4:28 PM