GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

New Delhi: Berang selepas cintanya ditolak beberapa kali dalam tempoh dua tahun, seorang lelaki nekad merogol kenalan wanita sebelum membakarnya.

Kejadian dilapor berlaku di rumah mangsa berusia 17 tahun di Suryapet, di sini ketika mangsa bersendirian.

Mangsa yang sempat diselamatkan jirannya melecur 50 peratus dan kini dalam rawatan.

Mirror Online melaporkan, pemuda berusia 21 tahun itu ke rumah mangsa ketika dia bersendirian dan dipercayai menariknya keluar ke kawasan berumput untuk merogolnya.

Dia kemudian dikatakan menyimbah petrol ke arah mangsa dan membakarnya, sebelum kejadian itu disedari jiran mangsa.

Jiran itu membantu memadam kebakaran pada mangsa dan menghubungi ambulans.

Remaja malang terbabit dibawa ke hospital di Warangal.

Sementara itu, New Indian Express melaporkan suspek akan didakwa mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Penderaan Seksual (POCSO) 2012.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mac 2020 @ 4:24 PM