JAILYN ditinggalkan ibunya yang pergi bercuti, selama 10 hari. FOTO Agensi
JAILYN ditinggalkan ibunya yang pergi bercuti, selama 10 hari. FOTO Agensi
Agensi

Washington: Seorang ibu di Amerika Syarikat (AS) berdepan pertuduhan membunuh selepas anak perempuannya yang berusia 16 bulan meninggal dunia dipercayai akibat ditinggalkan di rumah sendirian selama 10 hari, ketika wanita itu bercuti.

Mirror UK melaporkan, Kristel Candelario, 31, dari Cleveland, Ohio, ditahan pada 18 Jun lalu dan didakwa membunuh, menurut rekod mahkamah.

Menurut fakta kes, Candelario mendapati anak perempuannya, Jailyn, tidak sedarkan di rumah mereka pada 16 Jun lalu.

Candelario didakwa memberitahu penyiasat dia meninggalkan anak perempuannya di rumah, bersendirian dan tanpa pengawasan ketika ke Michigan dan Puerto Rico, menurut afidavit itu.

Selepas pulang bercuti, Candelario mendapati anak perempuannya dalam keadaan terlalu dehidrasi.

Pihak berkuasa berkata, tempat tidur Jailyn dipenuhi dengan selimut kotor dan lampin dipakainya penuh dengan air kencing.

Menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Polis Cleveland memaklumkan, perkhidmatan kecemasan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dengan ada tanda trauma.

Siasatan Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Cuyahoga menunjukkan mangsa ditinggalkan bersendirian dan tanpa pengawasan selama kira-kira 10 hari, dan kemudiannya meninggal dunia.

Jiran tertuduh memberitahu akhbar tempatan WKYC, Candelario boleh meminta bantuan mereka untuk mengawasinya anaknya itu daripada meninggalkan mangsa dan pergi bercuti.

Jiran lain berkata, Candelario mula meninggalkan Jailyn padanya, Ogos tahun lalu dan pada mulanya untuk hujung minggu.

Bagaimanapun, Candelario pergi selama berminggu-minggu tanpa menjawab telefon tanpa memberikan beberapa alasan mengapa dia tidak menjemput anak perempuannya.

Candelario dilaporkan bekerja di Citizens Academy Glenville, sebuah sekolah rendah, sejak November 2022.

Selepas penahanannya, pihak sekolah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa wanita itu sudah ditamatkan perkhidmatannya.

Candelario akan dihadapkan ke mahkamah semula pada 28 Jun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Jun 2023 @ 11:52 AM