BANGKAI salah satu jet tempur berkenaan. FOTO Twitter
BANGKAI salah satu jet tempur berkenaan. FOTO Twitter
AFP

New Delhi: Dua jet tempur Tentera Udara India terhempas selepas bertembung di udara ketika latihan, kira-kira 300 kilometer (km) di selatan New Delhi, menurut polis di lokasi kepada AFP.

Kedua-dua pesawat berlepas pada pagi di pangkalan udara Gwailor, kira-kira 50 km di timur dari lokasi ia terhempas.

"Kita sudah mengenal pasti bangkai salah satu pesawat dan menjumpai seorang juruterbang yang cedera di hutan Pahadgarh," kata pegawai dikenali Dharmender Gaur di lokasi nahas.

Beliau berkata, satu lagi pesawat mungkin terhempas jauh dari lokasi ia bertembung dan pihaknya sudah menghantar pasukan untuk mengesan pesawat berkenaan.

Tentera udara menyiasat sama ada pesawat itu bertembung di udara, menurut akhbar tempatan Hindustan Times.

Jet Su-30 membawa dua juruterbang dan jet Mirage membawa seorang juruterbang, menurut laporan berkenaan.

"Saya sudah mengarahkan pihak berkuasa tempatan bekerjasama dengan tentera udara untuk kerja mencari dan menyelamat," kata Ketua Menteri Madhya Pradesh, Shivraj Singh Chouhan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 January 2023 @ 3:42 PM