GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Reuters

MOMBASA: Kematian akibat tanah runtuh di barat laut Kenya kelmarin, dilaporkan meningkat kepada 56 orang setakat ini, kata pihak berkuasa tempatan.

Reuters melaporkan, hujan lebat yang semakin buruk di Pokot Barat sejak Jumaat lalu menyebabkan empat jambatan hanyut dan laluan utama di beberapa kampung turut tersekat.

Senator daerah itu, Samuel Poghiso mengesahkan angka kematian berkenaan namun tidak dapat memberi jumlah sebenar mangsa yang hilang.

“Operasi menyelamat terjejas akibat hujan dan keadaan cuaca yang berkabus. Helikopter milik polis juga sukar untuk masuk ke kawasan banjir,” katanya.

Kelmarin, presiden Kenya menghantar anggota penyelamat daripada pelbagai agensi termasuk tentera dan polis untuk ke menyertai operasi menyelamat mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 November 2019 @ 11:31 AM