RIBUAN orang melambaikan benderanya sebagai menyambut Maharaja Naruhito hari ini. FOTO AFP
RIBUAN orang melambaikan benderanya sebagai menyambut Maharaja Naruhito hari ini. FOTO AFP
AFP

TOKYO: Ribuan orang melambaikan benderanya sebagai menyambut Maharaja Naruhito hari ini, dalam perarakan imperial kereta terbuka yang terpaksa dijadualkan selepas taufan maut.

Perbarisan selama 30 minit itu memperkenalkan maharaja dan isterinya Maharani Masako kepada rakyat jelata.

Pasangan diraja itu tiba dari istana sebelum 3 petang (waktu tempatan), dengan Maharaja berpakaian Barat formal manakala Maharani memakai gaun bersama jaket dan tiara yang diturunkan kepadanya oleh permaisuri terdahulu.

Yukari Oshita, 60-an, berasa teruja dengan peluang berkenaan untuk melihat pasangan diraja itu.

“Ini mungkin peluang terakhir saya untuk melihat perbarisan imperial.

“Umur Maharaja hanya beberapa tahun muda dari saya tetapi kami berada dalam generasi sama dan saya rasa berhubungan dengannya.

“Maharani Masako adalah seseorang yang boleh menjadi contoh bagi wanita moden dengan pekerjaan sepenuh masa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 November 2019 @ 4:55 PM