MAHARAJA Naruhito mendesak Jepun agar bekerjasama dalam usaha keamanan dunia. FOTO  EPA
MAHARAJA Naruhito mendesak Jepun agar bekerjasama dalam usaha keamanan dunia. FOTO EPA
AFP

TOKYO: Maharaja Naruhito mendesak Jepun agar bekerjasama dalam usaha keamanan dunia ketika muncul buat pertama kali yang disambut dengan lambaian dan sorakan orang ramai.

“Saya berharap negara ini yang bekerjasama dengan negara asing, berusaha mengekalkan keamanan dunia dan meneruskan pembangunan selanjutnya,” kata Naruhito, 59, tahun, yang menaiki takhta Rabu lalu.

Maharaja Jepun yang ke-126 itu memakai kot dalam penampilan ringkas di Imperial Palace di tengah Tokyo, bersama kerabat diraja lain termasuk Maharani Masako.

Masako kelihatan anggun memakai pakaian serba kuning, bertopi dan dipadankan dengan kalung mutiara.

Maharaja dan maharani terdahulu, Akihito dan Michiko, tidak menyertai anak-anak mereka susulan perletakan jawatan dari tugas-tugas rasmi selepas tiga dekad memerintah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2019 @ 1:17 PM