JOSHUA Wong ditahan hari ini, sebelum sempat mengetuai satu lagi perhimpunan besar esok yang diharamkan polis. FOTO REUTERS
JOSHUA Wong ditahan hari ini, sebelum sempat mengetuai satu lagi perhimpunan besar esok yang diharamkan polis. FOTO REUTERS
AFP

HONG KONG: Aktivis demokrasi Hong Kong, Joshua Wong ditahan hari ini, sebelum sempat mengetuai satu lagi perhimpunan besar esok yang diharamkan polis.

Parti Demosisto menerusi Twitter berkata, aktivis itu ditahan kira-kira jam 7.30 pagi ini dan dipaksa masuk ke dalam sebuah van persendirian.

Esok menandakan ulang tahun kelima penolakan Beijing terhadap hak pilih sejagat di Hong Kong yang mencetuskan Pergerakan Payung selama 79 hari diketuai penunjuk perasaan muda termasuk Wong.

Polis melarang perhimpunan besar itu atas faktor keselamatan dan larangan terbabit dijangka mencetuskan pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan.

Pergolakan di Hong Kong semakin melarat sejak pertengahan Jun lalu berpunca daripada rang undang-undang ekstradisi yang membenarkan rakyat dihantar ke tanah besar China untuk dibicarakan.

Sepanjang tempoh itu, lebih 850 orang yang terbabit dalam bantahan ditahan pihak berkuasa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Ogos 2019 @ 10:40 AM