PENUNJUK perasaan nekad melawan larangan polis hari ini untuk membantah terhadap kumpulan kongsi gelap di Lapangan Terbang Hong Kong.  FOTO REUTERS
PENUNJUK perasaan nekad melawan larangan polis hari ini untuk membantah terhadap kumpulan kongsi gelap di Lapangan Terbang Hong Kong. FOTO REUTERS
AFP

HONG KONG: Penunjuk perasaan nekad melawan larangan polis hari ini untuk membantah terhadap kumpulan kongsi gelap yang disyaki menyerang peserta pro-demokrasi pada perhimpunan minggu lalu.

Kejadian sekumpulan lelaki berkemeja putih yang bersenjatakan batang besi dan baton menyerang penunjuk perasaan anti-kerajaan sehingga mencederakan 45 orang di bandar Yuen Long pada Ahad lalu mencetuskan kemarahan orang ramai.

Susulan itu, penunjuk perasaan memilih Yuen Long yang terletak di sempadan Hong Kong dengan China sebagai tempat perhimpunan hari ini.

Perkampungan di sekitar bandar itu terkenal dengan kongsi gelap dan penduduknya penyokong kuat pro-Beijing.

Polis Hong Kong bertindak mengharamkan perhimpunan itu kerana bimbang penunjuk perasaan akan membuat serangan balas terhadap penduduk.

Timbul khabar angin mengatakan penunjuk perasaan mungkin mensasarkan kubur dan dewan peringatan moyang sebuah kampung berhampiran stesen Yuen Long.

Rabu lalu, China mengeluarkan peringatan akan menghantar tenteranya ke Hong Kong sekiranya pihak berkuasa tempatan meminta bantuan untuk mengawal ketenteraman awam.

Sementara itu, penunjuk perasaan merancang untuk berarak ke lokasi kejadian pertembungan antara polis dan peserta bantahan pada perhimpunan esok.

Polis sudah meluluskan perhimpunan itu, namun penunjuk perasaan tidak dibenarkan berarak dan larangan itu dikhuatiri akan mencetuskan konfrontasi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Julai 2019 @ 2:50 PM