POLIS berhimpun menentang peserta perhimpunan haram bertempur di Yuen Long semalam.
POLIS berhimpun menentang peserta perhimpunan haram bertempur di Yuen Long semalam.
AFP

HONG KONG: Penunjuk perasaan pro-demokrasi akan mengadakan bantahan besar-besaran hari ini selepas polis dan peserta perhimpunan haram bertempur di Yuen Long semalam.

Bantahan itu dijangka berlangsung di pulau Hong Kong petang ini.

Polis membenarkan perhimpunan itu diadakan di sebuah taman, namun melarang penunjuk perasaan berarak di kawasan bandar.

Larangan itu dijangka mencetuskan pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan.

Huru hara tercetus di Yuen Long tengahari semalam ketika polis berdepan dengan penunjuk perasaan perhimpunan haram terhadap kumpulan kongsi gelap pro-kerajaan.

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata berikutan penunjuk perasaan mula mengganas dengan ada di kalangan mereka membaling bahan letupan dan mengepung sebuah van polis.

Menjelang lewat petang, polis terpaksa melepaskan tembakan peluru getah bagi meleraikan kira-kira 200 penunjuk perasaan yang masih berhimpun di stesen utama Yuen Long.

Seramai 11 orang ditahan dan 24 orang mendapatkan rawatan di hospital dengan dua daripadanya dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Julai 2019 @ 1:49 PM