SEBAHAGIAN besar penunjuk perasaan berhimpun.
SEBAHAGIAN besar penunjuk perasaan berhimpun.
AFP

HONG KONG: Penunjuk perasaan anti-kerajaan Hong Kong akhirnya menamatkan perhimpunan di luar bangunan Parlimen pagi tadi.

Wartawan AFP di tempat kejadian melaporkan lalu lintas di jalan utama berhadapan Parlimen kini lancar.

Polis terpaksa mendesak ratusan penunjuk perasaan agar beredar dari jalan berkenaan.

Akhirnya kumpulan itu akur dan meninggalkan lokasi itu tanpa berlaku sebarang konfrontasi.

Sebahagian besar penunjuk perasaan berhimpun di taman berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2019 @ 11:53 AM