GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
AFP

BANGKOK: Seekor anak dugong yang sakit dan cuba diselamatkan oleh pakar pemuliharaan laut Thailand, mati akibat jangkitan disebabkan cebisan plastik dalam perutnya.

Mariam ditemui terdampar di perairan cetek di barat daya Thailand beberapa bulan lalu dan gelagatnya bermain dengan kumpulan penyelamat pantas tular di media sosial.

Ia diikuti dengan penemuan seekor lagi anak dugong dinamakan Jamil oleh Puteri Thailand, Puteri Sirivannavari.

Mariam mati lewat malam tadi selepas usaha menyelamatkannya gagal, kata Ketua Taman Marin wilayah Trang, Chaiyapruk Werawong kepada AFP.

“Ia mati akibat jangkitan darah dan nanah dalam perutnya,” katanya, sambil menambah mereka turut menemui cebisan plastik di saluran ususnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Ogos 2019 @ 2:53 PM